"Kerja tak dapat dapat.." 4 Perkara Yang Anda Patut Buat Dalam Musim Covid-19!
4 Perkara Yang Anda Patut Buat Dalam Musim Covid-19!
“Kerja tak dapat dapat…macam mana nak buat ni?”
Semua rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes Covid-19 yang melonjak tinggi sekali lagi, atau kita sebut sebagai gelombang ketiga. Ingatkan pada bulan Julai, semuanya dah nak kembali normal, Siapa sangka.. kita ada di sini balik. Makin lama, makin banyak negeri yang dikenakan PKP.
Di musim Pandemik ini, semua rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk rumah sepenuhnya. Tapi masalahnya.. semua tak boleh nak berhenti beli barang online! Setuju? Tangan mesti gatal nak order barang yang tak diperlukan, Dan tunggu abang poslaju dengan muka tak malu! Eh? Macam mana nak jimat duit! Ada lagi satu spesies yang jenis belek belek tips cara cari duit dekat internet, tapi masih bertenggek atas katil. Eh?
Jadi, Apa patut anda buat dalam musim Covid-19? Kami ada some tips untuk anda! Cara nak jimat duit dan cara cari duit di internet dengan duduk rumah je.
1) Duduk rumah, Masak!
Secara tak sedar, Kalau tiap tiap hari anda makan di luar, average spending akan jatuh pada RM15 sehari, didarabkan dengan 30 hari/sebulan. Total untuk makan sahaja dah RM450! Tak ke banyak? Jadi, Memandangkan musim PKP dan anda diarahkan untuk duduk di rumah, Apa kata masak untuk makanan harian anda. Tak perlu lah makan luar, nak lepak pun bahaya. Pada yang bekerja pun bawak saja bekal. Boleh jimat duit dan belajar memasak! Sambil sambil scroll instagram tu boleh lah ambil inspirasi dari Khairul Aming. Jika 7 hari dalam sebulan anda ambil inisiatif untuk masak di rumah, Anda boleh jimat RM105! Kalau 2 bulan? RM210! Dah boleh bayar bil elektrik dah tu! Dan banyak benda yang boleh dibuat dengan sejumlah wang tu. You can duit gais!
2) Kerja Part-Time
Tak dapat dinafikan memang ramai yang dibuang kerja terutama semasa musim pandemik ni. Wabak Coronavirus ni bukan saja menjejaskan kesihatan dan nyawa yang tersayang, Tapi turut bagi impak yang sangat tinggi pada sektor pekerjaan. Nak cari kerja kosong pun dah susah, apatah lagi pada musim pandemik ni. Kami punya creatives team semua akan kerja part time selepas office hour, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Macamni lah nak survive, Kena menggali cara cari duit sendiri.
Tapi kami ada rahsia nak bagitahu.. Anda boleh cari kerja part time atau freelance di satu aplikasi yang bernama Task2bid. Salah satu cara untuk cari duit online, dengan buat apa apa saja yang anda mampu. Kami semua dah try guna Task2bid dan mostly kami akan provide service macam graphic design, copywriting *sebab tu je ada dalam kepala otak kami*. Tapi kalau anda adalah seorang technician, plumber, pun boleh dapat side income melalui app ni! Task2bid ni adalah aplikasi buatan Malaysia dan kami pun memang minat nak #sapotlokal. So, Apa lagi, Bantu sama bantu kan. Kalau anda masih confuse, boleh cuba tengok video dibawah ni ;
3) Menabung dengan MAE
Tak ramai yang tahu tentang ni, Bagi pengguna Maybank, Anda tahu tak anda boleh menabung secara maya! Applikasi MAE by Maybank2u ada satu bahagian dimana anda boleh menabung sendiri ataupun dengan rakan anda! Menarik kan? Anda boleh set goal sendiri, jangka masa (pendek atau panjang), Bermula dengan RM10 keatas. Pihak Maybank akan buat auto deduction berdasarkan tarikh dan amaun yang ditetapkan oleh pengguna sendiri. Semua boleh setting ikut suka hati, You can duit! Lepas habis PKP boleh set bercuti dengan member!
Zaman dulu, Masing masing akan ada buku 555 dalam poket, untuk tulis spending setiap hari. Tapi sekarang zaman dah berubah! Semua benda dah canggih dan senang. Kami di ofis semua obses dengan aplikasi Money Manager ni. Anda boleh track spending dan income, Tak kisah sama ada melalui cash atau bank atau kad kredit. Ye lah.. Kadang kadang ada masa kita akan guna cash dan ada masa kita akan guna kad debit. Dalam Maybank punya app tadi memang boleh track spending, Tapi mereka tak dapat nak track kita punya cash spending. Jadi, Kami suggest anda guna app ni kerana informasi dan interface yang simple dan senang nak guna. Anda boleh set budget juga kalau perlu, boleh jimat dan kurangkan spending dalam satu hari. Alang-alang nak cari duit online, Kita menabung dulu. Sikit-sikit, Lama-lama jadi bukit! betul tak?
Kesimpulan
Buat belia yang terpaksa menganggur dan duduk di rumah disebabkan COVID19, Kami disini dengan sepenuh hati berharap supaya anda tidak putus harapan dan terus maju, teruskan mencari kerja dan berjuang, Part time pun part time lah, asalkan ada. Kami hanya boleh bantu dengan bagi suggestion dan tips untuk cari duit online. Selamat maju jaya, you can duit!